Candie Blossom
:: kenali si kaki cemburu buta ::
Sunday, 26 February 2012 ✿ 22:34 ✿ 0 Shutter Comments
assalamualaikum n selamat malam korang . korang tengah buat ape tu ? mesti tengah tunggu cerita merlin s4 an an ? eyfa pun tengah tunggu cerita merlin s4 . sambil tunggu tu eyfa nak share dengan korang sikit . korang da bace tajuk entry eyfa ? yes , eyfa nak tulis pasal 'ciri-ciri lelaki cemburu buta' . mule-mule couple mesti boyfriend korang anta msj macam ni "setiap perkara yang awak buat , kemana awak nak pergi , tolong bagitahu saya , kalau boleh minta kebenaran saya terlebih dahulu , faham ?" . beginilah percintaan yang terpaksa dilalui oleh si gadis saat menerima cinta si arjuna yang kaki cemburu . kata-kata kesat dan makin menjadi makanan harian yang terpaksa ditelan . aduh , hati sabar pun pasti terluka saat menerima kemarahan si kaki cemburu ! cemburu tandanya sayang . namun cemburu yang keterlaluan , pasti boleh mengundang masalah besar . jadi kenapa harus mengorbankan diri demi lelaki seperti ini . adakah itu boleh dikatakan cinta sekiranya si dia memperlakukan kamu sesuka hati ? ayuh ! jom kita singkap ciri-ciri lelaki kaki cemburu .

1) Siasat Gerak Geri
alahai , di awal perkenalan kamu ditatangnya bagai minyak yang penuh, bahkan segala kemahuan dituruti . namun sejak kebelakangan ini ada sahaja yang tidak kena dengannya . kalau boleh si dia cuba mengawal setiap pergerakan kamu . ke mana kamu pergi , dengan siapa kamu bersama dan yang paling penting ada atau tidak lelaki bersama kamu akan disiasatnya dengan terperinci . boleh dikatakan siasatan si dia mengalahkan pihak berkuasa . kamu pada pandangan si dia seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman untuk dijatuhkan .
2) Sentiasa Curiga
lelaki kaki cemburu akan sentiasa menganggap kamu seorang yang curang . kenapa ? kerana si dia tidak yakin dengan kesetiaan kamu . sukar baginya untuk mempercayai kamu . tambahan lagi , bila mana kamu sering diganggu dan kebanyakan daripada mereka pasti akan terpikat dengan kamu . susah bukan ? inilah hakikatnya yang sebenar . walaupun kamu tidak melayan mana-mana lelaki yang cuba mengganggu kamu , si dia tetap merasakan yang kamu cuba menduakan dirinya . padahal kamu tidak tahu dan bersalah dalam hal ini . apa yang kamu lakukan hanyalah bersabar dan makan hati .

3) Panas Baran
ini merupakan salah satu ciri si kaki cemburu . kenapa kamu perlu tahu tentang ini ? ini kerana kamu akan menjadi sebahagian daripada hidupnya . si dia kalau kamu kenali dengan lebih mendalam mempunyai perangai yang suka marahmarah . salah sedikit sahaja pun tapi kemarahannya bukan main lagi . sakit hati bukan ? walhal salah kamu itu tidak sebesar mana . kamu hanya keluar bersama temanteman dan sepupu kamu sahaja . kalau kamu ingin tahu , individu panas baran ini kalau tiba-tiba si dia naik angin bumi pun boleh terbalik . betapa kuat amarahnya . panas barannya sukar dikawal dan akibatnya kamu yang akan dimarahinya sepuas hati .
4) Tidak Pernah Puas
betul atau tidak si dia individu seperti ini ? sudah tentu kamu mengatakan “ya” . si kaki cemburu tidak pernah berpuas hati dengan orang yang disayanginya . ada sahaja kesalahan yang dicarinya . dari sekecil-kecil zarah hinggalah sebesar-besar zarah . susah
betul kamu nak puaskan hatinya . kadangkala kamu akan terfikir , kenapa si dia harus begini dan apakah salah kamu ? sehinggakan pada satu tahap kamu akan berada dalam keadaan yang sangat tertekan . namun setiap daripada kata-kata kamu tidak diterimanya malah air mata menjadi peneman setia kamu setiap hari .

5) Mengongkong
aduhai , susahnya hidup , kalau tak ada kekasih kamu mencarinya namun bila kamu dah dapat lain pula yang jadi . bayangkanlah kehidupan kamu saat ini telah berubah secara keseluruhannya . dahulunya kamu bebas ke sana ke mari dengan sesiapa sahaja yang kamu suka tapi sekarang tidak lagi . semua perkara yang kamu lakukan perlulah mendapat kebenarannya terlebih dahulu . kamu tidak boleh melakukan sesuatu perkara itu tanpa pengetahuan sidia . seolah-olah kehidupan kamu berada di tangannya . kamu pula harus akur dengan peraturan yang diciptanya . nak tak nak kamu terpaksa ikut. jadi fikir-fikirkanlah .
  
6) Mengambil Kesempatan
ini memberi maksud si dia mengambil kesempatan di atas kelemahan kamu . memandangkan kamu tidak pernah melawan , setiap daripada kata-katanya kamu ikuti tanpa ada bantahan menyebabkan si dia menggunakan kesempatan itu . setiap kali keluar , pasti si dia akan mengambil telefon bimbit kamu dengan tujuan untuk melihat mesej-mesej yang boleh mengundang kemarahannya . malah si dia akan mengambil tahu banyak perkara tentang kamu . si dia bijak bila mana kehormatan kamu diragutnya dengan harapan kamu tidak boleh lari dan terlepas daripadanya .

* hanya berkongsi , eyfa tak kate dekat mana-mana manusia yang bergelar 'lelaki' . jadi eyfa harap tak ade yang terase . daaaa , luv u .  

Older PostNewer Post
Me You Home
DashboardFollow

real owner


I'm nowhere near perfect . I eat when I am BORED ! I'm hoping that one day I don't need a fake smile . I live by quotes that explain exactly what I'm going through . I make up excuses for EVERYTHING . I have best friends and enemies . I have DRAMA and MEMORIES , and thats life . LIVE IT ; LOVE IT ; LEARN from IT :D

Chat Here !


Put your own Cbox. Recommended 200x65.

credits


✿ Skins by Husna
✿ Basecodes by Jaja
✿ Graphics by WeHeartIt